Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam
mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut
dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2. Vitamin
E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
Pengalaman seorang teman bila mengalami bengkak susu yang ketara, dia akan mengambil dua biji
vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat
melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang
teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati
mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji
vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan
sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel
dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan
bengkak susu yang berlarutan.
3. Vitamin
E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
Bagi ibu yang menyusu, kedinginan
adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih
tinggi dari hormon estrogen dan pengambilan vitamin ini membantu mengatasi masalah kedinginan.
4. Vitamin
E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
Membantu mengatasi masalah
saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian
belakang badan.
5. Vitamin
E membantu mempercepat proses baik luka.
Sangat membantu apabila si ibu
yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui
saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang
konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6. Bagi
wanita yang pernah melahirkan anak,
kawasan erola iaitu
kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran
akan membuatkan ianya semakin gelap. jadi sy membuat kesimpulan bahawa ianya
merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang
konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi
cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.
7. Bagi
yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk,
vitamin E membantu
mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

No comments:
Post a Comment