Kita tahu bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses
memasak. Tahukah anda bahawa nutrien juga boleh hilang semasa proses memakan.
Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet
secara keseluruhan.
Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi
15mg Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adalah kesemua zinc ni diserap
oleh tubuh kita?
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (sebelum makan),
ada sebabnya.
Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan,
dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya
dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu
(bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah
aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa
pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut)
boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!
| |
|
Tuesday, 25 June 2013
Zinc Complex
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment