Skin Care Set
Assalamualaikum…
Hai semua..harinie nak bincang
tentang penjagaan kulit kita. Pernah tak anda cuba belek pencuci muka anda or barang2
penjagaan badan mahupun shampoo?? Anda perasan tak di label tu ada perkataan VITAMIN
C atau
VITAMIN E. Tak pun kalau kita pergi ke spa pasti ada rawatan untuk
vitamin c, kolagen atau masker vitamin E.
Kalau anda nak tau Vitamin C dan
Vitamin E adalah antioksidan yang bagus untuk kulit cantik kerana kita sering
terdedah dengan persekitaran alam sekitar yang tercemar, sinaran UV yang
memancar terik, asap-asap daripada kenderaan serta pencemaran udara lain.
Jadi Kenapa kita perlu mengambil
antioksidan ini?
Penuaan kulit muka bermula
daripada radikal bebas yang kerjanya merosakkan kulit. Radikal bebas ini
terhasil daripada persekitaran yang kotor terutama sinaran UV. Jadinya
untuk lebih mudah faham, saya umpamakan radikal bebas sebagai anasir jahat dan
ANTIOKSIDAN sebagai WIRA yang bertindak memusnahkan radikal bebas. Ala-ala
macam jadi perisai kulit la.
Hebatkan fungsi antioksidan. Anda
boleh mendapatkannya daripada buah-buahan serta kekacang.
Persoalannya ialah adakah badan
kita dapat menyerap semua kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah dan
kekacang ini?
Menurut penyelidik Ronald Prior,
PhD seorang ahli kimia dan pakar nutrisi dengan the USDA’s Arkansas Children’s
Nutrition Center di Little Rock, Ark, “ Faktor major yang memainkan peranan
adalah apa yang berlaku dalam proses pencernaan dan penyerapan ke dalam badan.
Walaupun bahan-bahan itu mengandungi kapasiti antioksidan yang tinggi, ianya
mungkin tidak dapat diserap”
Penyelidik juga mendapati cara
penyediaan makanan juga akan menyebabkan kandungan antioksidan berkurangan.
Sudah pening untuk mendapatkan
antioksidan yang insya Allah badan kita akan mampu serap tanpa risau kandungan
antioksidan berkurang?? Kami ada penyelesaiannya.
EuphoriaSet
Skincare yang merangkumi B-complex, Vitamin C dan juga
Vitamin E.
B-complex –
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya
membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang
B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira
serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius
kulit berjerawat.
Vitamin C –
antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga
bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca
kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin
C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C
adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
Vitamin E –
Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh
badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan
daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka
panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB.
Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari
dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan
membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan
secukupnya.
Siapa yang boleh cuba set nie?
· Sangat sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin
mencantikkan kulit dan mendapatkan struktur kulit yang halus dan cerah
· Sesuai untuk mengatasi masalah kulit sensitif
dan jerawat
· Sesuai untuk mengurangkan kesan parut pada wajah
dan badan
· Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah nipple
melecet
· Sesuai untuk merapatkan keintiman / hubungan
suami isteri
Jadi kalo berminat, apa lagi call/watsup or msg ke 0194130310

No comments:
Post a Comment